Saya juga terpanggil untuk memberi maklum balas terhadap beberapa isu yang disentuh pada perhimpunan itu terutama membabitkan anak muda pewaris kepemimpinan negara.
Ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyentuh orang muda yang berperanan besar dalam menentukan hala tuju negara kita.
Kecaknaan Muhyiddin tentu bertitik tolak daripada suasana yang serba mencabar sedang ditempuhi oleh golongan itu.
Saya berpandangan, dalam memastikan kelangsungan produk pemuda yang budiman dan berdaya saing, beberapa aspek perlu dinilai dan diberi perhatian serius.
Sebagai contoh pemuda yang berpaksikan hedonisme, tatacara yang menyimpang daripada budaya ketimuran dan generasi pemuda yang terlalu silau dengan ketamadunan dan budaya Barat sehingga terpesong daripada ajaran agama dan nasihat bangsa.
Suasana ini adalah kepincangan yang berpotensi meragut hasrat dan impian murni yang dilaungkan pimpinan Umno. Justeru, disebabkan Umno memainkan peranan besar dalam kerajaan pada hari ini, tindakan yang agresif dan bersungguh-sungguh mestilah diambil.
Ahli PEMAHAM memandang beberapa elemen yang berupaya menyekat dan merawat pemuda iaitu menggubal sistem pendidikan, pengawalan terhadap media baru dan pengawalan terhadap segala unsur hedonisme di Malaysia.
Saya mengesyorkan tiga aspek itu disebabkan itulah antara segmen asasi yang bergerak di belakang tabir pemuda. Sistem pendidikan dari sekolah rendah berperanan membentuk pemikiran dan kebudayaan pemuda dan kepentingan ini diperakui beberapa tokoh yang mengkaji sistem pendidikan di negara kita.
Jika baik sistem, maka baiklah hasilnya dan jika rosak sistem maka runsinglah kita memandangkan mereka yang akan membawa baton pada perlumbaan umat yang seterusnya. Sementara itu, media baru pula mempunyai nilai positif dan negatif.
Apa yang ahli PEMAHAM sarankan ialah kerajaan membendung nilai negatif yang ada dalam media baru seperti porno dan hiburan melampau. Mengawal unsur hedonisme pula bermaksud membendung mereka daripada terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengehadkan penampilan penggiat hedonisme dan sekutu mereka.
Ahli PEMAHAM juga mengalukan ucapan Muhyiddin yang mahu mewujudkan
Malah, qudwah yang baik oleh pimpinan atasan tentu menjadi subjek fundamental supaya generasi pemuda selepas ini bukannya kelahiran semula beberapa etika buruk seperti bersilih ganti didedahkan di akhbar-akhbar pada hari ini.
Akhirnya, ahli PEMAHAM berharap ungkapan yang dilaungkan dalam perhimpunan baru-baru ini akan dilaksanakan demi kebaikan agama, bangsa dan negara. Sekali lagi, ahli PEMAHAM berharap pimpinan Umno akan memerhatikan dan mengambil berat saranan dan maklum balas yang dinyatakan di atas. Semoga bumi
NURHAFIDZ BIN ABD. RAHAMAN,
PRESIDEN,
PERSATUAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
diubahsuai dari laman web Persatuan Ulama Malaysia,
www.e-ulama.org.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan